Pengikut

Selasa, 10 Mac 2009

SEJARAH


SEJARAH FELDA LEPAR HILIR SATU

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat – peringkat. Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu ini. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang mereka.Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah . Hasil daripada torehan tersebut akan mereka perolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok – pokok getah telah pun di tebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini. Kerajaan menyediakan semua kemudahan dari setahun ke setahun.kini kehidupan penduduk disini boleh dikatakan sangat selesa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan