Pengikut

Rabu, 11 Mac 2009

ADUN LEPAR




ADUN LEPAR



MOHD SHOHAIMI JUSOF
(menggantikan Ahmad Tajuddin Sulaiman yang digugurkan)

ADUN ( Kawasan Lepar )
Umno Bhg. Paya Besar No.11 , Lorong 11 Bandar Baru Jaya Gading,
26070 Kuantan Pahang Darul Makmur
adunlepar@pahang.gov.my

Pej : 09 – 5385458
Faks : 09 – 5385126



AHLI PARLIMEN LEPAR




YB. DATO' HAJI ABDUL MANAN BIN ISMAIL (DIMC, PKC)

(berpindah dari DUN Panching, menggantikan Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman yang digugurkan)


PARLIMEN BAHAGIAN PAYA BESAR

KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI ( DUN ) : LEPAR
KAWASAN PARLIMEN : PAYA BESAR
MUKIM : LEPAR
DAERAH : KUANTAN

Selasa, 10 Mac 2009

SEJARAH


SEJARAH FELDA LEPAR HILIR SATU

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat – peringkat. Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu ini. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang mereka.Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah . Hasil daripada torehan tersebut akan mereka perolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok – pokok getah telah pun di tebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini. Kerajaan menyediakan semua kemudahan dari setahun ke setahun.kini kehidupan penduduk disini boleh dikatakan sangat selesa.

RANCANGAN FELDA LEPAR HILIR SATU


LOKASI DAN MAKLUMAT AM


• Rancangan Felda Lepar Hilir Satu ini terletak kira – kira 45km daripada Bandar Kuantan, dan 14 km daripada Gambang. Iaitu Pekan kecil bagi penduduk Felda Lepar Hilir Satu.


• Kawasan ini terletak dibahagian barat daya kuantan. Pandang darat Fizikal yang terdapat di kawasan ini ialah bentuk muka bumi yang terdiri daripada tanah pamah yang luas dan beralun. Lokasi Felda Lepar Hilir Satu ini cukup strategik memandangkan kedudukannya yang berhampiran dengan jalan utama. Ini membolehkan penduduk kampung ini menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Di sini juga menjadi pusat perkembangan ilmu kerana di sini juga terletaknya Perpustakaan Desa Felda Lepar Hilir Satu dan juga Sekolah Menengah .


• Semangat kerjasama antara penduduk peneroka dalam menjalankan sesuatu aktiviti di sini dapat mengeratkan silaturrahim dan proses dalam melaksanakan aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan sempurna.

LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)


MATLAMAT
1. Untuk menjadikan setiap rancangan FELDA di seluruh negara sebagai masyarakat luar
bandar yang boleh diiktiraf sebagai komuniti contoh di luar Bandar.
2. Menjadikan peneroka-peneroka FELDA sebagai golongan pendapatan pertengahan
(Middle income group).
3. Untuk menentukan generasi ke-2, generasi ke-3 terbela sepenuhnya.
4. Untuk menjadikan FELDA sebagai pelaku global yang signifikan berasaskan kepada
kecekapan, strategi dan keuntungan yang berterusan.
5. Untuk menentukan bahawa budaya FELDA mesti merupakan budaya yang sentiasa
diperkukuhkan dengan tiga unsur penting iaitu expertise (kemahiran yang semestinya
terus meningkat) values (nilai yang semestinya menjadi pegangan kita) dan fokus pada
matlamat yang mesti menjadi tumpuan kepada kita.

VISI

‘Terunggul di pentas dunia sebagai agensi pembangunan tanah dan pengurusan peneroka mendahului bersama teknologi sebagai peneraju di dalam industri sawit’

OBJEKTIF
Memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna melalui amalan pengurusan pertanian yang berkesan dari segi kebersihan ladang, pengeluaran hasil yang maksimum dan bermutu baik, serta pengeluaran yang kosnya terkawal ke paras minimum.
Menggerakkan masyarakat peneroka supaya maju, produktif dan berdisiplin, meningkatkan taraf hidup yang lebih sempurna.
Mewujud jentera pengurusan yang cemerlang dan bersifat profesionalisme dengan beroreintasikan pembagunan sosial.

PEMBANGUNAN AWAL FELDA

• FELDA ditubuhkan pada tahun 1956, menjelang Merdeka. Dari detik permulaan secara kecil- kecilan organisasi ini telah berkembang menjadi suatu organisasi raksasa. Kini, rancangan-rancangan yang diselenggarakannya meliputi lebih daripada setengah juta hektar dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA yang terdiri daripada peneroka, pekerja FELDA dan pekerja kontrak serta keluarga masing-masing.
•Sejak tahun 1960, FELDA yang ditubuhkan untuk pembangunan kawasan pendalaman yang lebih terpencil di negara ini, telah pula sendiri bertanggungjawab secara langsung dalam usaha pembangunan.
• Kerajaan-kerajaan negeri menyerahkan segala hak ke atas tanah untuk diusahakan kepada FELDA yang seterusnya menjadi agensi yang bertanggungjawab memajukannya kepada suatu kawasan pembangunan yang intergrated sepenuhnya