• FELDA ditubuhkan pada tahun 1956, menjelang Merdeka. Dari detik permulaan secara kecil- kecilan organisasi ini telah berkembang menjadi suatu organisasi raksasa. Kini, rancangan-rancangan yang diselenggarakannya meliputi lebih daripada setengah juta hektar dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA yang terdiri daripada peneroka, pekerja FELDA dan pekerja kontrak serta keluarga masing-masing.
•Sejak tahun 1960, FELDA yang ditubuhkan untuk pembangunan kawasan pendalaman yang lebih terpencil di negara ini, telah pula sendiri bertanggungjawab secara langsung dalam usaha pembangunan.
• Kerajaan-kerajaan negeri menyerahkan segala hak ke atas tanah untuk diusahakan kepada FELDA yang seterusnya menjadi agensi yang bertanggungjawab memajukannya kepada suatu kawasan pembangunan yang intergrated sepenuhnya
Usia Felda kini 57 tahun, matlamat asal penub uhan telah dirombak oleh TDMM, tidak ada penempatan peneroka, sebalknya tanah ladang yang dibangunkan diurus secara estate. Surat tawaran kepada rakyat menjadi peneroka dibatalkan dan diganti sebagai seorang pekerja ladang sahaja. Ladang yang dibangunkan diberi nama FELDA PLANTATION
BalasPadam